Menghilangkan Bau Busuk Pada Bekas Plastik

Bekas plastik makanan anda berbau dan ada kesan minyak dan susah nak dicuci? Ini ada tiga petua mudah untuk mencucinya?

Garam:Bau pada bekas plastik atau tupperware  seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang bersembunyi dalam alur-alu pada bekas plastik. Ambil garam dan gosoklah perlahan-lahan. Ia  boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.

Kertas surat khbar:Jika masih berbau, cuba pula menggunakan kertas surat khabar. Remas-remas beberapa halaman surat khbar kemudian celupkan dengan sedikit air. Dan letakkannya ke dalam bekas tersebut dan  tutupkannya. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau dari bekas plastik atau tupperware.

Kopi:  Ini salah satu lagi cara bijak menghilangkan bau, kerana kopi boleh membantu menyerap bau.  Untuk bekas kecil, cukup masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Masukkan kopi ke dalam bekas plastik tersebut kemudian biarkan beberapa hari baru dicuci seperti biasa.

Sumber Artikel www.rasa.my

Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*