Petua Memasak

Diantara petua masak yang akan kami kongsikan iaitu :-

  1. HILANGKAN BAUBagi menghilangkan bau hanyir hati ayam, anda perlu membersihkannya dengan tepung gandum dan bilas bersih. Kemudian, gaul hati ayam tadi dengan gula pasir dan perap selama 10 minit.
  2. IKAN TIDAK MELEKATPerapkan ikan dengan asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur terlebih dahulu sebelum anda menggoreng ikan.

    Menggoreng ikan memang mencabar kerana ia mudah meletup. Jadi, untuk mengatasinya anda perlu masukkan secubit garam halus ke dalam minyak panas. Kemudian, barulah mula menggoreng ikan.

  3. MENGOPEK KERANGKerang memang enak dimakan. Namun, untuk mengopeknya memerlukan kesabaran yang tinggi. Kepada suri rumah sekalian, bagi memudahkan kerja memasak anda masukkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan kerang. Mudah-mudahan cangkerang kerang yang direbus akan terbuka dan senang untuk anda mengopeknya.

Mudah sahaja bukan? Ini hanya sebahagian petua masakan yang dapat kami kongsikan bersama anda. Sumber Artikel www.nona.my

Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*