Mee Rebus Special Kelantan

By ctyati      

May 16, 2017

Anda juga boleh tabur bawang goreng, daun bawang atau letak sedikit perahan limau nipis, perhhh pasti terangkat habis

  • Prep: 47 mins
  • Cook: 35 mins
  • Yields: 2 Orang

Ingredients

1 paket mee kuning 500gram

3 ketul ayam dipotong kecil

3 biji telur

1 pokok sawi

1 biji tomato

3 tangkai cili padi

2 sudu lada hitam

3 sudu udang kering

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang merah

2 sudu sos tomato

2 sudu kicap

garam dan gula secukup rasa

sedikit minyak

5 cawan air

Directions

11. Bawang merah, bawang putih, cili, lada hitam, udang kering ditumbuk.

22. Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.

33. Selepas itu masukkan ayam dan biar sehingga setengah masak.

44. Masukkan pula sos tomato dan kicap. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gula tu tak nak pun tak pe. Kacau rata.

55. Seterusnya masukkan air. Sementara itu boleh celur mee, tapis dan ketepikan.

66. Sehingga hampir mendidih, masukkan telur. Jangan kacau dulu. Selepas itu masukkan sawi dan tomato.

77. Biar sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

00:00

0 Reviews

All fields are required to submit a review.

*