Murtabak Mini Homemade

Ditulis Oleh ayie wahab  ,

May 30, 2017

kredit kepada laman mauceriasokmo

  • Masa penyediaan: 22 mins
  • Hidangan: 4 Orang

Bahan-bahan diperlukan:

Untuk Murtabak

2 Biji bawang putih ditumbuk

1 Keping daging ramly 250gram

2 Biji ubi kentang saiz sederhana dipotong dadu

2 Sudu serbuk kari

1 Labu bawang belanda dimayang

15 Keping kulit popia 5" ( untuk 15 keping murtabak )

Garam secukup rasa

Pencicah

1/4 Cawan Air Panas

3 Sudu cuka makan

2 @ 3 Sudu gula makan

Setitik Ibu sirap

2 Biji bawang merah dimayang

Cara Penyediaan & Memasak:

1Tumiskan bawang putih hingga naik baunya.

2Masukkan rempah kari dan tunggu garing seketika.

3Masukkan sedikit air dan masukkan daging cincang Ramly. Biarkan daging cincang empuk dan masak seketika.

4Masukkan ubi kentang dan tambah sedikit air lagi. Tunggu sehingga kentang empuk barulah api dimatikan. Masukkan garam secukup rasa.

5Gaul sedikit inti yang dimasak ke dalam bekas berasingan. Jika ada lebih boleh simpan dan boleh dibuat kemudian.

6Masukkan bawang belanda yang telah dimayang ke dalam inti.

7Pecahkan telur ke dalam inti dan kacau.

8Sediakan kulit popia dan masukkan sesudu inti yang telah dibancuh dengan telur tadi.Panaskan sedikit saja minyak di atas pan menggoreng.

9Lipat empat segi dan kemaskan dgn putih telur supaya tak terbuka. Saya selalunya letak inti ketika hampir nak menggoreng. Saya lipat dan telangkupkan terus di atas pan menggoreng supaya kulit popia tak terbuka.

10Masak dengan api perlahan ke sederhana saja supaya telur dalam inti masak elok.

11Bila dah kekuningan coklat kulitnya bolehlah dibalikkan. Apabila masak dua-dua belah terus angkat dan toskan.

12Untuk pencicahnya campurkan saja kesemua bahan dan kacau sehingga larut gula dan garam. Masukkan bawang kemudian. Siap!

13Bolehlah hidangkan macam kat bawah ni ya..biasanya saya suka buat inti lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak buat lagi saya tambahkan bawang dan pecahkan telur saja dan balut dalam kulit popia dan terus goreng. Boleh juga inti yang sama nak buat karipap.

00:00

0

All fields are required to submit a review.

*